Pages

Wednesday 7 December 2011

Bahasa Melayu Sekolah Rendah: Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah: Pengajaran dan Pembelajaran
Hari ini kelas tambahan Bahasa Melayu untuk murid tahun 6. Murid-murid diberi latihan cara menjawab soalan karangan ucapan.
Soalan: Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Guru. Kamu diminta menyampaikan ucapan pada majlis yang bakal diadakan .

Rangka
i.Kata alu-aluan
ii.Isi
- Mengenang dan menghargai jasa
- Guru tidak mengharapkan balasan
- Mendidik supaya kita berjaya
- Memberi pujian dan menghulurkan bantuan kepada guru
- Menghormati guru seperti menghormati ibu bapa
- Memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan
- Berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukan

Penutup

Boleh masukkan pantun contohnya:

Banyak padi perkara padi,
Padi mana ditanam orang,
Banyak budi perkara budi,
Budi guru dikenang orang.

Wednesday 23 November 2011

Pengajaran dan Pembelajaran














Soalan Latihan (Karangan)


Soalan latihan
Karangan laporan
Sekolah anda telah mangadakan pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Sebagai setiausaha Kelab Bahasa Melayu, anda dikehendaki menulis laporan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah tersebut.

Rangka
1. Tajuk : Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan
2. Isi –
    i.Perasmian
      -Ucapan guru besar-menceritakan tentang pejuang kemerdekaan.
      -Guru besar melepaskan burung simbolik tanda kebebasan
3.Persembahan
      -Silat dan koir
4.Perarakan bendera
      -Kibarkan Jalur Gemilang –menanamkan semangat cintakan Negara
5.Pengakuan pelapor
6.Tanda tangan
7.Nama penulis laporan
8.Nama jawatan
9.Nama kelab     

Tuesday 20 September 2011

Lagu Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja,
Putihmu bersih budi pekerti,
Kuning berdaulat payung negara,
Biru perpaduan kami semua,

Puncak dunia telah kau tawan,
Lautan luas telah kau redah.

Membawa semangat jiwa merdeka,
Semarak jaya kami warganya,

Empat belas melintang jalurnya,
Semua negeri dalam Malaysia,
Satu suara satu semangat,
Itu sumpah warga berdaulat,

Jalur Gemilang.... di bawah naunganmu,
Jalur Gemilang....Kami semua bersatu,
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia,

Jalur Gemilang....Megah kami terasa,
Jalur Gemilang....Kami semua bersatu,
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua,

Berkibarlah.....
Berkibarlah.....
Berkibarlah.....
Jalur Gemilang

Sunday 18 September 2011

Contoh karangan laporan




Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan 
Peringkat Sekolah

      Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat,sekolah, rumah kediaman, kedai dan bangunan kerajaan.

      Sekolah SK Ampang Pecah telah mengadakan pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 15.9.2011. Sambutan dimulakan dengan ucapan oleh Puan Umi Kalsom bt Daud. Kemudian beliau juga telah melepaskan burung sebagai tanda negara telah bebas daripada cengkaman penjajah.

      Selepas itu diikuti persembahan silat oleh pelajar-pelajar Tahun 5 Bestari terdiri daripada M.Aiman Din Zuhdi, M.Isfahan, M.Amirul, M.Danish. Persembahan ini juga sebagai lambang kekuatan pejuang-pejuang tanahair membela negara.

      Kemudian murid-murid dan warga sekolah lain mengibarkan Jalur Gemilang  sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti Merdeka, Jalur Gemilang, Wawasan 2020.

       Murid-murid gembira dan bangga apabila mendengar lagu berkumandang di udara. Perasaan kasih dan cintakan negara tertanam dalam jiwa murid-murid.

       Aktiviti seperti ini mesti diadakan setiap tahun agar jati diri setiap warga negara Malaysia sentiasa terukir dalam jiwa masing--masing.Kibaran Jalur Gemilang di segenap pelosok negari  melambangkan semangat cintakan tanahair.


Laporan disediakan oleh,                                                                               20.9.2011

................................................
(AINA BT. SYALBY)
 Setiausaha,
 Kelab Bahasa Melayu















 








Format Menulis Laporan (Bahagian 1)

Berikut cara menulis karangan karangan laporan
i)Tajuk karangan
ii)Pendahuluan-1 perenggan
iii)Isi- 4 perenggan
iv)Penutup- 1 perenggan
v)Tandatangan-di sebelah kiri
vi)Tarikh- di sebelah kanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera .






Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog cikgu  Ida.Diharapkan anda dapat berkongsi maklumat dengan saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011
Tinta Akademik
Ujian Penulisan B. Melayu
 
Gadget Hoho Angry Anime Smiley